Pages

Sunday, October 3, 2010

Sinar Kejora Zaman

Emm.. Entah kenapa hatiku rase terusik bile mendengar lagu Sinar Kejora Zaman ni. Lagu baru Kumpulan Rabbani dituju khas atau tribute untuk Al Marhum Ust. Asri Ibrahim vokalis Rabbani dulu. Lagu yg slow and very touching. Penuh ngan perasaan and ruh.. Alhamdulillah jumpe gak aku ngan lagu yang memberi aku semangat untuk hidup.. Dah lame x rase macam ni.. tibe2 rase nak menghadap Allah setiap saat. rase berdose sangat.. Allahuakbar!! maafkan aku ya Allah.. Lame sudah aku meninggalkan amanah Mu.. Maha suciMu ya Allah, kau beri sedikit perasaan untuk kembali walau dengan selirik lagu yg hargenye x seberapa.

Setahun aku tidak melaksanakan kerja2 dakwah. Teruk rasenye bile difikir kembali. Jahilliyah sungguh saat2 yg berlalu. Ilmu tidak dicari sebaliknye dunie yg lalai yg ku kejar x henti2. Kadang2 aku terfikir kenapa orang lain mudah sahaje jalan mereka dalam meraih ilmu untuk berdakwah, tetapi aku agak susah. Bila ade org yang datang untuk mentarbiyahku, tidak lama selepas itu akan pergi kerana urusan yang lebih bermanfaat untuk masa depan mereka.

Mungkin ade sesuatu yg Allah mahu aku kejar/usaha lg.. Apa yg aku lakukan sekarang ini tidak cukup untuk menjaminku ke syurga.. kadang2 aku redha dan tsabat dijalan tarbiyah ini.. tetapi sejak akhir2 ini (dah setahun sebenarnya) hatiku dah mula bersoal adakah aku masih perlu menunggu dan terus menunggu?? sampai bile aku harus begini??? dan kenapa aku jadi begini???

Meniti kembali saat aku bertatih dengan tarbiyah sgt menyentuh hatiku.. Yee aku tidak begini dahulu, dan aku juge tidak pernah terfikir untuk jadi begini.. Perlukah aku kembali??? Siapakah yg sudi menarikku??? Kemana aku selepas ini??? Byk persoalan demi persoalan yg semakin mengusutkan fikiranku.. Tempoh untuk menghabiskan saki baki kehidupan di universiti hanya tinggal setahun.. mampukah aku kembali spt dulu??

Sampai ke saat ini aku masih menunggu siapakah murabbi yg terakhir ku?? Aku letih.. Aku confuse.. Aku tension.. ikhwah lain kebanyakkannya sudah jauh meninggalkan ku.. Masih layakkah aku dianggap ikhwah lg??? Mungkinkah tiada lagi ruang untuk ku kembali spt dahulu.. Ya Allah temukan aku dengan apa yg Kau telah tetapkan.. Aku sedia menghadapinya..




Al-muhandis
11 Oct 2010
0333
Melaka

No comments:

Post a Comment